BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Thursday, 10 November 2011

Malang Tidak Berbau

Tarikh keramat 09.10.11 yang takkan dilupakan sampai bila-bila..

Kami, As & Syila kemalangan motor pada tarikh ni..hajat nak ke Jusco tuk beli cool blog + sushi + makanan2 yang lain tak kesampaian bila motor yang kami naiki bertembung dengan Vios berwarna maroon..
kemalangan ini berlaku di simpang empat dekat dengan kandang kuda..Vios maroon tersebut datang dari arah fakulti kejuruteraan elektrik menuju ke jalan keluar McD UTM..manakala kami dari kolej perdana menuju ke arah jalan keluar ke Jusco..bertembung di tengah-tengah simpang 4 tersebut..perasaan kami ketika itu terasa seperti dalam mimpi..tau-tau je dah rebah kt jalan..siku Syila (pembonceng) terseret, berdarah teruk gak..manakala As (penunggang) hanya cedera ringan di siku dan lebam di peha..nasib kami baik kerana kami kemalangan dengan kakak Vios yang baik..tidak puas hati dengan layanan emergency nurse di klinik UTM, kakak Melissa membawa kami ke klinik di bandar baru uda untuk mendapat rawatan yang sebaiknya dan mendapat cuti sakit selama sehari..heheee..terima kasih kak Melissa.!!



Sehari selepas kemalangan tu, baru la terasa sakit-sakit 1 badan..nak bergerak pun tak daya rasanya..nasib baik laa dapat cuti sakit..Syila pulak,disebabkan siku kanannya sakit, tak dapat laa nak mandi beriya-iya macam selalu..kena kawal jangan bagi air kena kat siku dia..lagi 1, nak syampu rambut pun kena mintak tolong Mas yang syampu kan..malam-malam plak tolong tuam peha As yang lebam tu dan letak minyak kat siku syila..biar cepat sembuh..
Bertuah kami mempunyai sahabat-sahabat yang memahami, yang tetap bersama walau senang atau susah.. 


- Ash -

0 comments: